Saturday, 9 September 2017

Kita Juara Santan "Pasteurised"

Salam Kita Juara kepada semua, syukur dan sangat berbangga dengan pencapaian atlit Malaysia semasa Sukan Sea yang baru sahaja berakhir. Semoga atlit Malaysia akan semakin bersinar di arena sukan antarabangsa. Sememangnya Kita Boleh!

Santan "Pasteurised" akan dipanaskan/dimasak pada suhu 80 degree celcius untuk meningkatkan ketahanan serta membunuh bakteria (gambar hiasan dari google)

Bercakap tentang kita boleh, kami dari Che Anum Enterprise sekarang juga sudah boleh membekalkan santan "pasteurised"
Santan "pasteurised" ini dimasak pada suhu 80 degree sebelum dipekkan. Ini akan membantu santan tahan lebih lama dan tidak cepat masam.

Kami menawarkan dua jenis santan pasteurised iaitu jenis Pekat tanpa campuran air pada harga RM10.00 sekilo dan juga jenis ekonomi dengan campuran air sekitar 40-50% pada harga RM5.00

Sekiranya berminat utk mendapatkan bekalan santan tetap setiap minggu, boleh la menghubungi kami melalui whatsapp atau telefon +6016.311.0754 (Ainol) atau +6019.355.1013 (Imran) Kami akan sedia membantu, insyallah.

Salam 145 gold medal!

Monday, 3 July 2017

Santan Segar Beku

Salam Aidilfitri 2017 kepada semua. Kami sudah beroperasi membekalkan santan seperti biasa selepas cuti panjang. Alhamdulillah masih berpeluang berpuasa dan berhari raya. Semoga negara kesayangan kita ini dilindungi dari perkara2 yang tidak baik dan yg menjejaskan keamanan.

Kami ada berbincang dengan pihak pengurusan kilang mengenai bekalan santan segar beku. Sesiapa yang berminat dan memerlukan bekalan santan beku yang berkualiti tinggi (tanpa campuran bahan lain Selain air), boleh lah menghubungi kami untuk sebut harga.

Untuk pengetahuan semua proses utk menyediakan santan beku adalah berbeza sedikit kerana untuk membekukan santan kami memerlukan "cold room" dan bukan menggunakan freezer biasa. Ini adalah kerana untuk penjimatan ruang, dengan menggunakan "cold room" warehouse kami tidak perlu utk di penuh kan dengan terlalu banyak freezer yg memerlukan kerja2 maintenance yg kerap.

Sekiranya syarikat / perusahaan tuan/puan memerlukan bekalan santan beku pada kuantiti lebih kurang sekitar 500 - 1000kg dalam single order, boleh la hubungi utk perbincangan lanjut.

Imran 019-355.1013
Ainol 016-311.0754

Friday, 17 March 2017

Produk Sejuk Beku (Frozen Food)

Assalammualaikum, sekejap sahaja Januari sudah hampir berakhir. Terlalu pantas masa berlalu dan kami yang selalu sibuk dengan urusan pekerjaan kadang-kala perlu muhasabah diri supaya tidak terlalu hanyut dengan kesibukkan duniawi. Insyallah. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha hamba-hambanya yang tidak bermalas-malas dan berusaha untuk memajukan diri di dunia dan di akhirat.

Alhamdullilah, perniagaan santan kami sudah masuk tahun ketiga. Dari 1kg santan sehinggalah kini, kami masih "committed" dengan perniaagaan ini. Alhamdullilah juga , tahun ini kami mulai dengan menambah satu lagi restoran di dalam senarai pelanggan kami. Bertambah sibuk la kami dengan jadual penghantaran dan bertambah besar la ruangan "storage" santan kami nampaknya. Apa-apa pon kami sahut cabaran ini. Insyallah kami BOLEH! 

Selain itu, ada satu lagi berita gembira iaitu kami sudah mula menjual produk-produk sejuk beku. Alhamdullilah sambutan sangat menggalakkan ! Dalam 5 hari sahaja kami beroperasi, sudah berkotak-kotak produk yang kami jual dan kami juga ada beberapa ejen aktif yang mengedarkan produk-produk untuk kawasan Melaka. Sesiapa berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjual produk yang bermutu tinggi, produk yang disukai oleh semua golongan , produk yang memudahkan urusan harian dan produk yang takkan tak ada pembelinya (produk makanan sentiasa ada pembelinya) , boleh lah hubungi kami untuk keterangan tentang produk, harga dan kuantiti belian.

Di antara produk-produk yang tidak menang tangan kami melayan pertanyaan-pertanyaan dari pelanggan ialah Sate Kebab Akmal, Mini Kebab Akmal, Pizza Base 9" & 7", Ayam Pandan Firmaz, Sosej , Meatball, Burger Patty, Sos Cuka Cicah, dan Mini Bun. Boleh lihat senarai harga di "side bar" blog ini. Gambar pula seperti di bawah. 

Jika ada yang ingin membekalkan produk sejuk beku kepada kami pada harga kilang, boleh juga menghubungi kami kerana kami sentiasa ingin membekalkan lebih banyak variasi produk-produk sejuk beku yang bemutu tinggi kepada pelanggan kami.

Sekian untuk kali ini, semoga sentiasa selamat dan dibawah lindungan Allah.


Pizza Base 7" - RM12/pek (5 keping satu pek)
Healthy Doh Pizza using unbleached flour and Olive Oil
Pizza Base (Dough) that is soft and not too thick
100% Muslim Product
100% Guaranteed Satisfaction
100% Unbleached Flour
100% No Preservatives
100% Lovingly Handmade & Hand Tossed
Mix of extra virgin olive oil & Italian Herbs




Sate Kebab Ayam (Beriyani / Pedas / Blackpepper) - RM16/pek (20 cucuk/pek)
Sate Kebab Daging  (Original ) - RM20/pek (15 cucuk/pek)


Sambal Cuka Mak Long - RM8/sebotol (600ml)
Sesuai dimakan dengan popia goreng, cucur udang, keropok leko dan lain-lain


Saturday, 24 December 2016

Pengumuman Penting Berkenaan Harga Baru Santan Segar

Assalamualaikum, semoga semua yang membaca blog kami yang tidak seberapa ini berada di bawah lindungan Allah SWT. 

Tahun baru 2017 bakal menjelang tiba. 2016 akan berlalu pergi. Kami masih lagi sibuk dengan penghantaran santan2 segar setiap hari. Kawasan operasi kami ialah di sekitar Kelana Jaya (PJ) dan Batu Tiga / Seksyen 22 (Shah Alam) 

Kami ada sedikit pengumuman, dalam keadaan ekonomi yang mencengkam, dalam keadaan di mana semuanya serba mahal, kami terpaksa akur dengan desakan kos operasi yang menghimpit. Oleh itu, ingin kami maklumkan ada sedikit kenaikan harga untuk sekilogram santan. 

Harga terkini ialah RM6.50 / sekilo. Masih antara yang termurah di pasaran. 

Selain itu kami juga ada pengumuman lain, insyallah kami juga akan membekalkan ayam potong yang diproses tanpa hormon dan klorin serta pelbagai barangan sejuk beku yang lain, yg semestinya sihat dan selamat di makan. Nantikan pengumuman kami di sini. 

Terima kasih kepada yang membaca, semoga kita semua mencapai kejayaan. Ameen. 

Che Anum Enterprise 
Co-founder 
Ainol Rahayu 

Tuesday, 18 October 2016

Santan Segar Che Anum Bersih Dan Bermutu Tinggi

Assalammualaikum, lama sangat tidak update blog ini. Kengkangan masa dan urusan kerja sangat menuntut komitmen penuh dari kami. Alhamdulillah kami masih lagi tidak putus menyediakan bekalan santan untuk pengusaha restoran terutamanya. Profile pelanggan kami juga sudah meningkat. Kami amat bersyukur dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kami ada 2 pengemuman penting. Pertama sekali untuk pengusaha restoran di Shah Alam, untuk kawasan yg berdekatan seksyen 22 dan Seksyen 16, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan. Penghantaran adalah percuma. Kami kini sudah beroperasi di Shah Alam Seksyen 22 / Batu Tiga, dan kami juga masih membuat penghantaran untuk kawasan Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang bersih, dan terjamin mutunya. 

Pengemuman kedua, insyallah sebagai lanjutan kepada perniagaan santan kami, kami akan melancarkan perniagaan "Fresh Freezer Meals" tidak lama lagi. Di mana kami menyiapkan bahan2 untuk masakan (kering dan Juga basah) berserta homemade rencah tanpa pengawet. Jadi untuk mereka2 yg gemar memasak di rumah, tapi tiada kesempatan membeli barangan ataupun keletihan untuk memasak selepas balik bekerja, boleh lah membeli freezer meal pack kami yg sangat mudah untuk disediakan. Bahan basah seperti Ayam, daging, ikan semua sudah disiang dan di bersihkan, Dan semua Bahan ini akan dibungkus di dalam vakum beg untuk memastikan ianya kekal segar. Nantikan pengemuman dari kami nanti ya. Kami juga mencari pihak restoran atau agen yg sudi utk menjual freezer meal kami. 

Hubungi kami di whatsapp untuk tempahan santan 
Ainol 012.673.7765 atau Imran 019.355.1013

Sunday, 3 July 2016

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin