Friday, 17 March 2017

Produk Sejuk Beku (Frozen Food)

Assalammualaikum, sekejap sahaja Januari sudah hampir berakhir. Terlalu pantas masa berlalu dan kami yang selalu sibuk dengan urusan pekerjaan kadang-kala perlu muhasabah diri supaya tidak terlalu hanyut dengan kesibukkan duniawi. Insyallah. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha hamba-hambanya yang tidak bermalas-malas dan berusaha untuk memajukan diri di dunia dan di akhirat.

Alhamdullilah, perniagaan santan kami sudah masuk tahun ketiga. Dari 1kg santan sehinggalah kini, kami masih "committed" dengan perniaagaan ini. Alhamdullilah juga , tahun ini kami mulai dengan menambah satu lagi restoran di dalam senarai pelanggan kami. Bertambah sibuk la kami dengan jadual penghantaran dan bertambah besar la ruangan "storage" santan kami nampaknya. Apa-apa pon kami sahut cabaran ini. Insyallah kami BOLEH! 

Selain itu, ada satu lagi berita gembira iaitu kami sudah mula menjual produk-produk sejuk beku. Alhamdullilah sambutan sangat menggalakkan ! Dalam 5 hari sahaja kami beroperasi, sudah berkotak-kotak produk yang kami jual dan kami juga ada beberapa ejen aktif yang mengedarkan produk-produk untuk kawasan Melaka. Sesiapa berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjual produk yang bermutu tinggi, produk yang disukai oleh semua golongan , produk yang memudahkan urusan harian dan produk yang takkan tak ada pembelinya (produk makanan sentiasa ada pembelinya) , boleh lah hubungi kami untuk keterangan tentang produk, harga dan kuantiti belian.

Di antara produk-produk yang tidak menang tangan kami melayan pertanyaan-pertanyaan dari pelanggan ialah Sate Kebab Akmal, Mini Kebab Akmal, Pizza Base 9" & 7", Ayam Pandan Firmaz, Sosej , Meatball, Burger Patty, Sos Cuka Cicah, dan Mini Bun. Boleh lihat senarai harga di "side bar" blog ini. Gambar pula seperti di bawah. 

Jika ada yang ingin membekalkan produk sejuk beku kepada kami pada harga kilang, boleh juga menghubungi kami kerana kami sentiasa ingin membekalkan lebih banyak variasi produk-produk sejuk beku yang bemutu tinggi kepada pelanggan kami.

Sekian untuk kali ini, semoga sentiasa selamat dan dibawah lindungan Allah.


Pizza Base 7" - RM12/pek (5 keping satu pek)
Healthy Doh Pizza using unbleached flour and Olive Oil
Pizza Base (Dough) that is soft and not too thick
100% Muslim Product
100% Guaranteed Satisfaction
100% Unbleached Flour
100% No Preservatives
100% Lovingly Handmade & Hand Tossed
Mix of extra virgin olive oil & Italian Herbs




Sate Kebab Ayam (Beriyani / Pedas / Blackpepper) - RM16/pek (20 cucuk/pek)
Sate Kebab Daging  (Original ) - RM20/pek (15 cucuk/pek)


Sambal Cuka Mak Long - RM8/sebotol (600ml)
Sesuai dimakan dengan popia goreng, cucur udang, keropok leko dan lain-lain


1 comment:

  1. Kat mana ya nk bli sambal cuka mak long area putrajaya

    ReplyDelete