Assalamualaikum, semoga semua yang membaca blog kami yang tidak seberapa ini berada di bawah lindungan Allah SWT.
Tahun baru 2017 bakal menjelang tiba. 2016 akan berlalu pergi. Kami masih lagi sibuk dengan penghantaran santan2 segar setiap hari. Kawasan operasi kami ialah di sekitar Kelana Jaya (PJ) dan Batu Tiga / Seksyen 22 (Shah Alam)
Kami ada sedikit pengumuman, dalam keadaan ekonomi yang mencengkam, dalam keadaan di mana semuanya serba mahal, kami terpaksa akur dengan desakan kos operasi yang menghimpit. Oleh itu, ingin kami maklumkan ada sedikit kenaikan harga untuk sekilogram santan.
Harga terkini ialah RM6.50 / sekilo. Masih antara yang termurah di pasaran.
Selain itu kami juga ada pengumuman lain, insyallah kami juga akan membekalkan ayam potong yang diproses tanpa hormon dan klorin serta pelbagai barangan sejuk beku yang lain, yg semestinya sihat dan selamat di makan. Nantikan pengumuman kami di sini.
Terima kasih kepada yang membaca, semoga kita semua mencapai kejayaan. Ameen.
Che Anum Enterprise
Co-founder
Ainol Rahayu
No comments:
Post a Comment