Friday, 17 March 2017

Produk Sejuk Beku (Frozen Food)

Assalammualaikum, sekejap sahaja Januari sudah hampir berakhir. Terlalu pantas masa berlalu dan kami yang selalu sibuk dengan urusan pekerjaan kadang-kala perlu muhasabah diri supaya tidak terlalu hanyut dengan kesibukkan duniawi. Insyallah. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha hamba-hambanya yang tidak bermalas-malas dan berusaha untuk memajukan diri di dunia dan di akhirat.

Alhamdullilah, perniagaan santan kami sudah masuk tahun ketiga. Dari 1kg santan sehinggalah kini, kami masih "committed" dengan perniaagaan ini. Alhamdullilah juga , tahun ini kami mulai dengan menambah satu lagi restoran di dalam senarai pelanggan kami. Bertambah sibuk la kami dengan jadual penghantaran dan bertambah besar la ruangan "storage" santan kami nampaknya. Apa-apa pon kami sahut cabaran ini. Insyallah kami BOLEH! 

Selain itu, ada satu lagi berita gembira iaitu kami sudah mula menjual produk-produk sejuk beku. Alhamdullilah sambutan sangat menggalakkan ! Dalam 5 hari sahaja kami beroperasi, sudah berkotak-kotak produk yang kami jual dan kami juga ada beberapa ejen aktif yang mengedarkan produk-produk untuk kawasan Melaka. Sesiapa berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjual produk yang bermutu tinggi, produk yang disukai oleh semua golongan , produk yang memudahkan urusan harian dan produk yang takkan tak ada pembelinya (produk makanan sentiasa ada pembelinya) , boleh lah hubungi kami untuk keterangan tentang produk, harga dan kuantiti belian.

Di antara produk-produk yang tidak menang tangan kami melayan pertanyaan-pertanyaan dari pelanggan ialah Sate Kebab Akmal, Mini Kebab Akmal, Pizza Base 9" & 7", Ayam Pandan Firmaz, Sosej , Meatball, Burger Patty, Sos Cuka Cicah, dan Mini Bun. Boleh lihat senarai harga di "side bar" blog ini. Gambar pula seperti di bawah. 

Jika ada yang ingin membekalkan produk sejuk beku kepada kami pada harga kilang, boleh juga menghubungi kami kerana kami sentiasa ingin membekalkan lebih banyak variasi produk-produk sejuk beku yang bemutu tinggi kepada pelanggan kami.

Sekian untuk kali ini, semoga sentiasa selamat dan dibawah lindungan Allah.


Pizza Base 7" - RM12/pek (5 keping satu pek)
Healthy Doh Pizza using unbleached flour and Olive Oil
Pizza Base (Dough) that is soft and not too thick
100% Muslim Product
100% Guaranteed Satisfaction
100% Unbleached Flour
100% No Preservatives
100% Lovingly Handmade & Hand Tossed
Mix of extra virgin olive oil & Italian Herbs




Sate Kebab Ayam (Beriyani / Pedas / Blackpepper) - RM16/pek (20 cucuk/pek)
Sate Kebab Daging  (Original ) - RM20/pek (15 cucuk/pek)


Sambal Cuka Mak Long - RM8/sebotol (600ml)
Sesuai dimakan dengan popia goreng, cucur udang, keropok leko dan lain-lain


Saturday, 24 December 2016

Pengumuman Penting Berkenaan Harga Baru Santan Segar

Assalamualaikum, semoga semua yang membaca blog kami yang tidak seberapa ini berada di bawah lindungan Allah SWT. 

Tahun baru 2017 bakal menjelang tiba. 2016 akan berlalu pergi. Kami masih lagi sibuk dengan penghantaran santan2 segar setiap hari. Kawasan operasi kami ialah di sekitar Kelana Jaya (PJ) dan Batu Tiga / Seksyen 22 (Shah Alam) 

Kami ada sedikit pengumuman, dalam keadaan ekonomi yang mencengkam, dalam keadaan di mana semuanya serba mahal, kami terpaksa akur dengan desakan kos operasi yang menghimpit. Oleh itu, ingin kami maklumkan ada sedikit kenaikan harga untuk sekilogram santan. 

Harga terkini ialah RM6.50 / sekilo. Masih antara yang termurah di pasaran. 

Selain itu kami juga ada pengumuman lain, insyallah kami juga akan membekalkan ayam potong yang diproses tanpa hormon dan klorin serta pelbagai barangan sejuk beku yang lain, yg semestinya sihat dan selamat di makan. Nantikan pengumuman kami di sini. 

Terima kasih kepada yang membaca, semoga kita semua mencapai kejayaan. Ameen. 

Che Anum Enterprise 
Co-founder 
Ainol Rahayu 

Tuesday, 18 October 2016

Santan Segar Che Anum Bersih Dan Bermutu Tinggi

Assalammualaikum, lama sangat tidak update blog ini. Kengkangan masa dan urusan kerja sangat menuntut komitmen penuh dari kami. Alhamdulillah kami masih lagi tidak putus menyediakan bekalan santan untuk pengusaha restoran terutamanya. Profile pelanggan kami juga sudah meningkat. Kami amat bersyukur dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kami ada 2 pengemuman penting. Pertama sekali untuk pengusaha restoran di Shah Alam, untuk kawasan yg berdekatan seksyen 22 dan Seksyen 16, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan. Penghantaran adalah percuma. Kami kini sudah beroperasi di Shah Alam Seksyen 22 / Batu Tiga, dan kami juga masih membuat penghantaran untuk kawasan Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang bersih, dan terjamin mutunya. 

Pengemuman kedua, insyallah sebagai lanjutan kepada perniagaan santan kami, kami akan melancarkan perniagaan "Fresh Freezer Meals" tidak lama lagi. Di mana kami menyiapkan bahan2 untuk masakan (kering dan Juga basah) berserta homemade rencah tanpa pengawet. Jadi untuk mereka2 yg gemar memasak di rumah, tapi tiada kesempatan membeli barangan ataupun keletihan untuk memasak selepas balik bekerja, boleh lah membeli freezer meal pack kami yg sangat mudah untuk disediakan. Bahan basah seperti Ayam, daging, ikan semua sudah disiang dan di bersihkan, Dan semua Bahan ini akan dibungkus di dalam vakum beg untuk memastikan ianya kekal segar. Nantikan pengemuman dari kami nanti ya. Kami juga mencari pihak restoran atau agen yg sudi utk menjual freezer meal kami. 

Hubungi kami di whatsapp untuk tempahan santan 
Ainol 012.673.7765 atau Imran 019.355.1013

Sunday, 3 July 2016

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Wednesday, 13 April 2016

Sate Daging & Ayam Dibuka Untuk Tempahan



Assalamualaikum, Che Anum Enterprise kini telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka kiosk sate untuk pertama kali. Ini adalah cubaan pertama kami membuka kiosk di sebuah restoran mamak di Kelana Jaya (di Miraz Kitchen berdekatan kuarters kastam dan tabung haji- Glomac Business Centre) . Warga Petaling Jaya, Kelana Jaya dan kawasan berdekatan di jemput hadir utk menikmati sate daging lembu & ayam yang diperap dgn rempah dgn penuh kasih dan sayang :) Kuah kacang yang kami hidangkan juga adalah 100% kacang dan sedang elok pekatnya (dijamin tidak cair!)

Insyaallah kami juga akan menambah jenis2 sate yang lain di masa hadapan. Doakan bisnes sate kami sukses ya! Amin.

Kami juga menerima tempahan sate untuk majlis2 dan perayaan. Hubungi Ainol +6012.6737765 @ Imran +6019. 3551013 melalui SMS / Whatsapp sahaja untuk keterangan lanjut. Kami agak sibuk dgn urusan harian untuk menerima panggilan telefon, jadinya sms dan Whatsapp adalah medium yang paling sesuai.

Membekal Santan Segar untuk Peniaga "Foodtruck"

Assalamualaikum, perniagaan "foodtruck" semakin mendapat sambutan sekarang kerana konsep yang menarik dan juga mudah untuk para peniaga membuka dan menutup gerai "foodtruck" mereka.


Kami tidak juga ketinggalan membekalkan santan untuk beberapa peniaga "foodtruck". Di antaranya ialah "foodtruck" yang menjual nasi kukus dan juga pulut mangga.

Untuk para peniaga "foodtruck" kawasan lembah kelang terutamanya, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan segar tanpa bahan tambahan (seperti pengawet dan pemekat) daripada kami.

Hubungi kami Ainol +6012.673.7765 atau Imran +6019.355.1013 (sms / Whatsapp sahaja) pada bila-bila masa, kecuali waktu tidur :)