Saturday, 7 October 2017

1 tan Santan "Pasteurised"




Assalammualaikum , bertemu kita di bulan Oktober. Cepat sungguh masa berlalu , kurang dari 3 bulan kita akan masuk ke tahun baru 2018. Semoga tahun 2017 dipenuhi dengan aktiviti dan usaha2 yang bermanfaat dan diberkati Allah.

Kami telah melangkah setapak lagi di dalam arena santan kelapa di mana kami kini berkemampuan untuk membekalkan santan pada kuantiti yang tinggi berserta penghantaran menggunakan lori kargo / lori sejuk beku.


Sukacita ingin dimaklumkan bahawa kami boleh membekalkan santan ke mana-mana tempat , dengan syarat kuantiti pembelian yang banyak. Baru-baru ini kami telah mendapat "order" dari sebuah kilang makanan untuk membekalkan santan pasteurised kepada mereka pada jumlah 1-1.5 tan utk setiap penghantaran, dan kami telah pon berjaya membuat penghantaran untuk kali pertama. Semua santan dipekkan di dalam plastik bag yang ditutup dengan cara "seal"

Kilang kami telah mendapat GMP (good manufacturing practice) dan dalam proses mendapatkan sijil halal juga.

Sekiranya berminat utk mendapatkan khidmat kami, bermasalah untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi & konsisten, mahukan santan yang bersih & berkualiti tinggi dan mencari pembekal Muslim , boleh lah menghubungi kami secara telefon atau whatsapp di  nombor Ainol +6016.311.0754 atau Imran +016.355.1013

Salam Santan Pasteurised 
Anum's Frozen

No comments:

Post a Comment