Assalammualaikum, selamat berhujung minggu. Kami di Che Anum Enterprise kebiasaannya sentiasa sibuk di hujung minggu menguruskan santan-santan dan penghantaran. Namun bermula tahun hadapan kami akan mengubah sedikit jadual penghantaran dan kami menyarankan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk menyimpan stock santan beku bagi mengurangkan penghantaran setiap hari untuk membolehkan penjimatan ke atas kos penghantaran yang kami tanggung kerana sehingga ke hari ini, servis penghantaran kami masih lagi percuma.Namun di atas kos petrol yang semakin meningkat jadi kami perlu membuat sesuatu agar kami masih lagi boleh menjual santan pada harga yang sama tanpa caj penghantaran.
Entry hari ni bukanlah ingin bercerita tentang santan (coconut milk) tetapi tentang serbuk rempah ratus tradisional! Kami telah mendapat tawaran untuk mengedarkan serbuk rempah ratus seperti rempah kari ayam dan daging, rempah kari ikan , serbuk kunyit, serbuk cili merah dan rempah kurma. Kami amat berbangga kerana ini ialah produk Muslim Bumiputera dan ianya dijamin bersih dan halal. Harga juga berpatutan dan sangat kompetitif.
Sesiapa berminat untuk mendapatkan bekalan rempah kari ayam dan daging, rempah kari ikan , serbuk kunyit, serbuk cili merah dan rempah kurma untuk perniagaan makanan anda (tidak kiralah untuk katering , restoran , gerai makanan dan lain-lain lagi, boleh lah menghubungi Che Anum Enterprise ya. Kami juga boleh membekalkan serbuk rempah ratus ini pada kuantiti yang banyak untuk tujuan export. Boleh lah berbincang dengan kami untuk mendapatkan sebut harga dan terma-terma pembayaran.
Sekian , salam rempah ratus tradisional Melayu!
Ainol +6016.311.0754 & Imran +6019.355.1013