Saturday, 24 December 2016

Pengumuman Penting Berkenaan Harga Baru Santan Segar

Assalamualaikum, semoga semua yang membaca blog kami yang tidak seberapa ini berada di bawah lindungan Allah SWT. 

Tahun baru 2017 bakal menjelang tiba. 2016 akan berlalu pergi. Kami masih lagi sibuk dengan penghantaran santan2 segar setiap hari. Kawasan operasi kami ialah di sekitar Kelana Jaya (PJ) dan Batu Tiga / Seksyen 22 (Shah Alam) 

Kami ada sedikit pengumuman, dalam keadaan ekonomi yang mencengkam, dalam keadaan di mana semuanya serba mahal, kami terpaksa akur dengan desakan kos operasi yang menghimpit. Oleh itu, ingin kami maklumkan ada sedikit kenaikan harga untuk sekilogram santan. 

Harga terkini ialah RM6.50 / sekilo. Masih antara yang termurah di pasaran. 

Selain itu kami juga ada pengumuman lain, insyallah kami juga akan membekalkan ayam potong yang diproses tanpa hormon dan klorin serta pelbagai barangan sejuk beku yang lain, yg semestinya sihat dan selamat di makan. Nantikan pengumuman kami di sini. 

Terima kasih kepada yang membaca, semoga kita semua mencapai kejayaan. Ameen. 

Che Anum Enterprise 
Co-founder 
Ainol Rahayu 

Tuesday, 18 October 2016

Santan Segar Che Anum Bersih Dan Bermutu Tinggi

Assalammualaikum, lama sangat tidak update blog ini. Kengkangan masa dan urusan kerja sangat menuntut komitmen penuh dari kami. Alhamdulillah kami masih lagi tidak putus menyediakan bekalan santan untuk pengusaha restoran terutamanya. Profile pelanggan kami juga sudah meningkat. Kami amat bersyukur dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kami ada 2 pengemuman penting. Pertama sekali untuk pengusaha restoran di Shah Alam, untuk kawasan yg berdekatan seksyen 22 dan Seksyen 16, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan. Penghantaran adalah percuma. Kami kini sudah beroperasi di Shah Alam Seksyen 22 / Batu Tiga, dan kami juga masih membuat penghantaran untuk kawasan Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang bersih, dan terjamin mutunya. 

Pengemuman kedua, insyallah sebagai lanjutan kepada perniagaan santan kami, kami akan melancarkan perniagaan "Fresh Freezer Meals" tidak lama lagi. Di mana kami menyiapkan bahan2 untuk masakan (kering dan Juga basah) berserta homemade rencah tanpa pengawet. Jadi untuk mereka2 yg gemar memasak di rumah, tapi tiada kesempatan membeli barangan ataupun keletihan untuk memasak selepas balik bekerja, boleh lah membeli freezer meal pack kami yg sangat mudah untuk disediakan. Bahan basah seperti Ayam, daging, ikan semua sudah disiang dan di bersihkan, Dan semua Bahan ini akan dibungkus di dalam vakum beg untuk memastikan ianya kekal segar. Nantikan pengemuman dari kami nanti ya. Kami juga mencari pihak restoran atau agen yg sudi utk menjual freezer meal kami. 

Hubungi kami di whatsapp untuk tempahan santan 
Ainol 012.673.7765 atau Imran 019.355.1013

Sunday, 3 July 2016

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, kami dari Che Anum Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang melayari blog ini dan juga kepada pelanggan2 kami.

Sekiranya ada yang memerlukan santan segar, boleh cuba hubungi kami. Buat masa ini kami sedang bercuti di kampung, tetapi kami boleh cuba "supply" santan sekiranya ada yang memerlukan disaat-saat kecemasan 😂

Untuk sesiapa yang ingin menempah sate mentah bersama kuah kacang, boleh la menempah bermula daripada hari raya ketiga. Kami akan mula beroperasi semula pada hari raya ketiga. Insyallah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Wednesday, 13 April 2016

Sate Daging & Ayam Dibuka Untuk Tempahan



Assalamualaikum, Che Anum Enterprise kini telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka kiosk sate untuk pertama kali. Ini adalah cubaan pertama kami membuka kiosk di sebuah restoran mamak di Kelana Jaya (di Miraz Kitchen berdekatan kuarters kastam dan tabung haji- Glomac Business Centre) . Warga Petaling Jaya, Kelana Jaya dan kawasan berdekatan di jemput hadir utk menikmati sate daging lembu & ayam yang diperap dgn rempah dgn penuh kasih dan sayang :) Kuah kacang yang kami hidangkan juga adalah 100% kacang dan sedang elok pekatnya (dijamin tidak cair!)

Insyaallah kami juga akan menambah jenis2 sate yang lain di masa hadapan. Doakan bisnes sate kami sukses ya! Amin.

Kami juga menerima tempahan sate untuk majlis2 dan perayaan. Hubungi Ainol +6012.6737765 @ Imran +6019. 3551013 melalui SMS / Whatsapp sahaja untuk keterangan lanjut. Kami agak sibuk dgn urusan harian untuk menerima panggilan telefon, jadinya sms dan Whatsapp adalah medium yang paling sesuai.

Membekal Santan Segar untuk Peniaga "Foodtruck"

Assalamualaikum, perniagaan "foodtruck" semakin mendapat sambutan sekarang kerana konsep yang menarik dan juga mudah untuk para peniaga membuka dan menutup gerai "foodtruck" mereka.


Kami tidak juga ketinggalan membekalkan santan untuk beberapa peniaga "foodtruck". Di antaranya ialah "foodtruck" yang menjual nasi kukus dan juga pulut mangga.

Untuk para peniaga "foodtruck" kawasan lembah kelang terutamanya, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan segar tanpa bahan tambahan (seperti pengawet dan pemekat) daripada kami.

Hubungi kami Ainol +6012.673.7765 atau Imran +6019.355.1013 (sms / Whatsapp sahaja) pada bila-bila masa, kecuali waktu tidur :)

Wednesday, 30 March 2016

Santan Segar Che Anum Kini Di Kedai Sejuk Beku

Assalamualaikum, salam santan online! Di harap para pelanggan dan bakal pelanggan yang mencari bekalan santan segar yg tidak dicampur pengawet dan pemekat sentiasa di dalam keadaan sihat dan bahagia.



Alhamdulillah,  kami masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa "committed" membuat penghantaran santan-santan segar setiap hari. Terbaru kami juga telah diminta untuk membekalkan santan ke kedai makanan sejuk beku sebanyak 20kg. Dan insyaallah sekiranya jualan dan sambutan sangat baik, bekalan santan segar akan sentiasa di hantar ke kedai sejuk beku tersebut.

Sekiranya ada tuan punya kedai sejuk beku yang berminat untuk menjual santan di kedai, boleh la hubungi kami juga untuk mendapat bekalan. Selain dari Petaling Jaya, kami juga kini sedang merancang untuk menembusi pasaran Shah Alam juga. Jadi pengusaha gerai, kantin, kedai sejuk beku dan lain-lain lagi sangat di alu-alukan untuk membeli santan dari kami.

Sekian untuk kali ini. Salam sayang dari Che Anum Santan Segar, order online ke offline ke semua boleh!

P/S : nantikan rekaan tshirt Che Anum yang bakal di jadikan uniform untuk crew Che Anum Santan Segar 😍

Thursday, 18 February 2016

Santan Che Anum dan Persediaan Bulan Ramadhan



Assalammualaikum dan salam sejahtera, baru tersedar sudah hampir 3 bulan blog ini tidak dikemaskini. Kami terlalu sibuk dengan aktiviti menambah stock santan (disebabkan oleh pertambahan pelanggan  dan penghantaran santan, disamping sibuk melayan anak-anak serta aktiviti bersama keluarga. Namun insyallah semua pelanggan santan kami tetap mendapat bekalan santan segar harian tanpa putus (kecuali jika kami ada mengambil cuti panjang)

Diam tak diam, tinggal beberapa bulan sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba, kami di Che Anum sedang berusaha untuk menyediakan persiapan untuk memastikan bekalan santan di bulan puasa nanti akan lancar.

Bagi peniaga-peniaga "food truck" , pemilik restoran, para katerer atau sesiapa sahaja yang memerlukan santan segar (dicampur air atau santan pekat, semua ada) , bolehlah menghubungi kami . Kami buat masa ini banyak membekalkan santan di kawasan Kelana Jaya dan Petaling Jaya terutamanya.

Untuk kawasan-kawasan lain, yg bukan di dalam kawasan petaling jaya, tetapi ada kemudahan untuk mendapatkan santan daripada kami, juga di alu-alukan untuk menghubungi kami supaya boleh kita berunding untuk berbincang cara untuk santan dibekalkan kepada anda.

Apa-apa pon jika ingin menempah santan utk kegunaan harian atau utk tempah di dalam kuantiti yg banyak , di harap boleh hubungi kami dahulu , kerana kami tidak menyediakan lebihan stok yg banyak bagi memastikan semua santan adalah segar.

Untuk pembelian atau pertanyaan boleh lah menghubungi (kami suka jika dihubungi melalui whatsapp, kerana kami agak sibuk dan kemungkinan agak sukar untuk menjawab panggilan telefon ketika berkerja)
Whatsapp / SMS : Ainol +6012.673.7765 /  Imran +6019.355.1013
Email: cheanum.pembekalsantansegar[at]gmail[dot]com