Santan digunakan dengan sangat meluas di Asia sebagai satu bahan utama di dalam masakan. Santan juga merupakan sumber lemak utama bagi orang-orang yang mengikuti diet pemakanan "Paleo" Namun begitu , santan ataupun "coconut milk" di dalam Bahasa Inggeris, adalah satu bahan makanan yang sangat mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan cara yang betul. Jadi ianya akan menyumbang kepada pembaziran serta risiko masakan menjadi tidak elok untuk dimakan akibat santan yang tidak di simpan dengan sempurna. Artikel ini adalah untuk memberikan sedikit "tips" dan informasi bagaimana untuk menyimpan santan dengan betul.
IKLAN
Kami adalah pembekal santan pasteurize (untuk kawasan Lembah Klang dan luar Lembah Klang) dan kilang kami boleh menghasilkan santan sebanyak 3 tan sehari. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang berkualiti tinggi Ainol 016.311.0754 & Imran 019.355.1013
We are pasteurize coconut milk supplier (for the area Klang Valley Malaysia and we do also deliver to outside of Klang Valley) and our factory capacity is about 3 tonne daily. Contact us to get your daily supply of high quality coconut milk Ainol 016.311.0754 & Imran 019.355.1013
Penyimpanan & Jangka Hayat Santan (Coconut Milk)
Santan kebiasaanya di jual di dalam kotak dan ianya biasa tahan untuk beberapa bulan didalam suhu bilik. Namun begitu, setelah kotak dibuka, santan tersebut hendaklah di simpan di dalam peti sejuk di dalam bekas kedap udara. Dengan cara ini santan masih boleh lagi bertahan untuk beberapa hari dan kadang-kadang mencecah sehingga seminggu. Tetapi, sekiranya santan ini disimpan beku di dalam peti sejuk beku, ianya boleh bertahan lebih lama iaitu sehingga beberapa bulan.
Bolehkah Santan dibekukan?
Ya, sepertimana bahan cecair yang lain, Santan juga boleh dibekukan. Tetapi, apabila Santan dibekukan , teksturnya dan warnanya akan berubah. Santan yg dibekukan masih lagi elok dan selamat untuk dimakan, ia tidak akan rosak kerana bakteria2 aktif tidak boleh hidup pada suhu beku. Namun begitu, perubahan pada tekstur dan warna Santan yang telah dibekukan ini mungkin akan menjejaskan mutu hasil masakan / produk . Tetapi sekiranya dimasak dengan cara yang betul (iatu pada suhu tinggi untuk melicinkan tekstur dan meleraikan ia) tekstur santan itu boleh kembali kepada yang asal.
Bagaimana Pembekuan Boleh Menjejaskan Santan
Santan ialan sejenis bahan dalam bentuk cecair yang licin, berat dan teksturnya menyerupai susu ataupon krimer. Selepas ianya dibekukan, santan akan berubah teksturnya dengan menjadi sedikit berbintik-bintik (tidak lagi licin) dan warna berubah menjadi sedikit lebam. Selain itu , Santan yang mengandungi kandungan campuran air yang tinggi akan terpisah menjadi dua bahagian , di mana lemak santan yang berketumpatan tinggi akan duduk dibahagian bawah dan air yang berketumpatan rendah akan duduk di bahagian atas. Ini bukanlah satu masalah besar kerana dengan menggoncangkannya, santan dan air akan kembali bersatu dan menjadi sebati semula.
Bagaimana Cara untuk Membekukan Santan
Ianya adalah sangat mudah iaitu masukkan santan kedalam bekas kedap udara ataupon plastik beg yang ditutup rapat dan kemudian simpan di dalam peti sejuk beku. Cara lain untuk menyimpan santan untuk lebih mudah digunakan , ialah dengan menuangnya ke dalam acuan ais kiub dan letakkan acuan tersebut di dalam plastik beg. Satu kiub bersamaan dengan 1 ounce cecair santan dan cara ini sangat bagus sekiranya ingin menggunakan santan pada kuantiti yang sedikit (kerana tidak perlu menunggu lama untuk mencairkan santan sekiranya ianya disimpan didalam bekas yang besar)
Cara Untuk Mencairkan Santan
Santan biasanya mengambil masa yang agak lama untuk dicairkan. Jadi untuk memastikan santan sudah cair apabila tiba masa untuk memasak, bolehlah melakukan persediaan lebih awal iaitu dengan mengeluarkan santan dari peti sejuk beku sehari sebelum santan tersebut diperlukan untuk memasak dan menyimpannya di dalam chiller / peti sejuk. Namun begitu,terdapat juga santan yang masih beku walaupun sudah disimpan didalam peti sejuk seharian, sekiranya itu terjadi bolehlah keluarkan santan dari peti sejuk beku 2 hari sebelum jadual memasak.
Selain itu santan yang beku boleh juga dicairkan dengan menggunakan setting "defrost" di ketuhar gelombang ataupon memasaknya di atas dapur dan kacau perlahan-perlahan sehingga santar benar-benar cair dan sebati semula.
Perlukah Santan Di Bekukan?
Ianya bergantung kepada bagaimana dan cara Santan digunakan. Sekiranya, produk akhir yang menggunakan santan memerlukan konsistensi dari segi tekstur atau warna , membekukan santan mungkin akan menjejaskan mutu produk. Tetapi di dalam kebanyakkan masakan tekstur dan warna santan ini tidak lagi menjadi faktor utama kerana ianya berubah mengikut tekstur dan warna masakan, jadi membekukan santan adalah satu cara yang sangat bagus dan efektif serta menjimatkan.
IKLAN
Kami
adalah pembekal santan pasteurize (untuk kawasan Lembah Klang dan luar
Lembah Klang) dan kilang kami boleh menghasilkan santan sebanyak 3 tan
sehari. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang berkualiti
tinggi Ainol 016.311.0754 & Imran 019.355.1013
We
are pasteurize coconut milk supplier (for the area Klang Valley
Malaysia and we do also deliver to outside of Klang Valley) and our
factory capacity is about 3 tonne daily. Contact us to get your daily
supply of high quality coconut milk Ainol 016.311.0754 & Imran
019.355.1013