Assalammualaikum, sangat lama ya kami Anum Food Trading tidak membuat sebarang entry terbaru tentang produk2 kami. Alhamdulillah kami sihat dan sangat2 berdoa semoga pandemik Covid19 ini akan berakhir dengan segera.
Ok berkenaan dengan edaran produk2 yang pernah kami iklankan di blog ini, ingin kami maklumkan buat masa ini kesemua produk2 yang pernah diiklankan di sini telah dihentikan bekalannya KECUALI produk Pisang Abu Nipah. Bagi produk Pisang Abu Nipah, kami menerima order / pembelian 500kg ke atas sahaja dan kami tidak ada membekalkan pisang untuk pembelian kurang dari 500kg.
Untuk produk Santan pula, kami sedang merancang untuk membekalkan santan beku. Ianya masih di dalam fasa perancangan dan penelitian. Insyallah jikalau bersesuaian dan mudah untuk kami bekalkan santan beku pula, akan kami war-warkan di blog ini.
Terima kasih kepada pembaca2 blog yang ada menghubungi kami tentang produk2 di blog ini. Cuma pada masa ini kami cuma aktif membekalkan pisang abu nipah untuk kilang2 makanan.
Selain itu kami juga mengalu-alukan supplier atau pembuat produk yang mencari ejen utk mengedarkan produk agro. Kami pasti akan memberi pertimbangan untuk menjadi ejen sekiranya produk dan sistem bekalan bersesuaian dengan cara dan kaedah operasi kami. Paling mudah, sekiranya ada disediakan perkhidmatan penghantaran terus dari kilang atau ladang , insyallah memang boleh kami pertimbangkan.
Boleh hubungi kami untuk perbincangan lanjut
Ainol https://wa.me/0163310754
Imran https://wa.me/0193551013