 |
Pisang Nipah, tandan atau sisir. Harga utk sisir RM2.70 / kg dan harga untuk tandan adalah RM2.45 / kg |
Assalammualaikum, sudah terlalu lama kami tidak menjenguk blog kami ini. Jangan risau kami masih lagi aktif membekalkan santan segar di sekitar Klang Valley. Sekiranya ingin membuat tempahan dan pembelian bolehlah hubungi kami. Nombor-nombor telefon kami semuanya masih berfungsi. Kami telah menggunakan nombor-nomnbor tersebut selama berbelas-belas tahun. Jadi sekiranya blog ini tiada update terbaru, boleh terus hubungi kami melalui whatsapp / call.
Kali ini kami ingin mempromosikan produk agro utama kami iaitu Pisang Nipah / Pisang Abu. Kami juga ada produk agro yang lain seperti keledek, sayur-sayuran, kelapa tua , pelbagai jenis pisang dan juga isi durian belanda dan isi markisa. Kami akan ceritakan di dalam post yang lain. Untuk kali ini, kami ingin menceritakan lebih terperinci mengenai jualan Pisang Nipah / Pisang Abu.
Stock kami setiap minggu adalah sangat banyak. Kami bekerjasama dengan peladang dan trader yang sememangnya sudah sangat arif dengan urusan jual beli produk pisang. Kebiasaan stock Pisang Nipah utk seminggu mencecah 100 tan. Jadi sekiranya tuan puan ingin membeli di dalam kuantiti yang banyak (1 tan dan ke atas), tidak ada masalah dari pihak kami. Cuma nyatakan kuantiti dan kami akan terus hantar ke premis / warehouse (namun untuk servis penghantaran haruslah ada minimum kuantiti). Buat masa ini kami cuma menerima pembayaran secara tunai. Selain itu sekiranya tuan puan perlukan pisang itu masak pada hari tertentu kami juga ada menyediakan servis peram.
Sekiranya berminat utk mendapatkan bekalan tetap tanpa gangguan, boleh la hubungi kami. Kami akan sedia membantu.
Semoga bertemu lagi di coretan Che Anum Enterprise yang seterusnya,
Terima Kasih
Ainol