Assalammualaikum, lama sangat tidak update blog ini. Kengkangan masa dan urusan kerja sangat menuntut komitmen penuh dari kami. Alhamdulillah kami masih lagi tidak putus menyediakan bekalan santan untuk pengusaha restoran terutamanya. Profile pelanggan kami juga sudah meningkat. Kami amat bersyukur dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Kami ada 2 pengemuman penting. Pertama sekali untuk pengusaha restoran di Shah Alam, untuk kawasan yg berdekatan seksyen 22 dan Seksyen 16, boleh la menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan. Penghantaran adalah percuma. Kami kini sudah beroperasi di Shah Alam Seksyen 22 / Batu Tiga, dan kami juga masih membuat penghantaran untuk kawasan Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Hubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang bersih, dan terjamin mutunya.
Pengemuman kedua, insyallah sebagai lanjutan kepada perniagaan santan kami, kami akan melancarkan perniagaan "Fresh Freezer Meals" tidak lama lagi. Di mana kami menyiapkan bahan2 untuk masakan (kering dan Juga basah) berserta homemade rencah tanpa pengawet. Jadi untuk mereka2 yg gemar memasak di rumah, tapi tiada kesempatan membeli barangan ataupun keletihan untuk memasak selepas balik bekerja, boleh lah membeli freezer meal pack kami yg sangat mudah untuk disediakan. Bahan basah seperti Ayam, daging, ikan semua sudah disiang dan di bersihkan, Dan semua Bahan ini akan dibungkus di dalam vakum beg untuk memastikan ianya kekal segar. Nantikan pengemuman dari kami nanti ya. Kami juga mencari pihak restoran atau agen yg sudi utk menjual freezer meal kami.
Hubungi kami di whatsapp untuk tempahan santan
Ainol 012.673.7765 atau Imran 019.355.1013