Assalamualaikum, salam santan online! Di harap para pelanggan dan bakal pelanggan yang mencari bekalan santan segar yg tidak dicampur pengawet dan pemekat sentiasa di dalam keadaan sihat dan bahagia.
Alhamdulillah, kami masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa "committed" membuat penghantaran santan-santan segar setiap hari. Terbaru kami juga telah diminta untuk membekalkan santan ke kedai makanan sejuk beku sebanyak 20kg. Dan insyaallah sekiranya jualan dan sambutan sangat baik, bekalan santan segar akan sentiasa di hantar ke kedai sejuk beku tersebut.
Sekiranya ada tuan punya kedai sejuk beku yang berminat untuk menjual santan di kedai, boleh la hubungi kami juga untuk mendapat bekalan. Selain dari Petaling Jaya, kami juga kini sedang merancang untuk menembusi pasaran Shah Alam juga. Jadi pengusaha gerai, kantin, kedai sejuk beku dan lain-lain lagi sangat di alu-alukan untuk membeli santan dari kami.
Sekian untuk kali ini. Salam sayang dari Che Anum Santan Segar, order online ke offline ke semua boleh!
P/S : nantikan rekaan tshirt Che Anum yang bakal di jadikan uniform untuk crew Che Anum Santan Segar 😍