Tuesday, 22 December 2015

Poster Santan Che Anum

Assalammualaikum, selamat pagi Malaysia. Jenguk-jenguk sikit sini pagi ni. Semalam team che anum pulun buat grafik design utk poster kami yang pertama yang akan diedarkan di sekitar kawasan kediaman kami di Petaling Jaya dan juga untuk di tampal di masjid-masjid berdekatan. Semoga usaha kami ini mendapat keberkatan. Amin.

Ini posternya. Oh hampir terlupa ada pengumuman sedikit , kami harap para pelanggan akan sms / whatsapp kami terlebih dahulu dan beri masa dalam 1-2 jam utk kami jawab mesej2. Ini adalah kerana kami agak sibuk untuk menjawab panggilan telefon. Kesulitan amat dikesali. Mesej sahaja kami terlebih dahulu, insyallah kami balas dengan kadar segera.


Thursday, 19 November 2015

Roti Jala Saloma & Santan Che Anum



Alhamdullilah kami kini menambah lagi pelanggan baru. Kali ini adalah usahawan Roti Jala . Untuk mendapat kuah kari yang sedap untuk di makan bersama roti jala, kena la menggunakan santan segar yang benar-benar segar dan tidak di campur dgn bahan-bahan lain yang boleh merosakkan rasa keaslian kari dan juga menyebabkan kari menjadi tidak tahan lama.



Roti Jala Saloma diusahakan oleh sebuah keluarga di lokasi Bandar Tasik Selatan. Mereka menerima tempahan untuk majlis-majlis ataupon tempahan dari pihak katering. Untuk permulaan mereka telah mencuba santan che anum sebanyak 7kg, insyallah utk minggu seterusnya kuantiti santan yang diperlukan naik berganda.

Jika berminat nak tempah Roti Jala Saloma boleh la hubungi nombor yang tertera di dalam gambar. Dan jika nak order santan, boleh hubungi kami pakar santan segar anda :) untuk area Petaling Jaya / Shah Alam / Seri Kembangan untuk kawasan lain yg berhampiran boleh hubungi kami dahulu untuk bincang.

Ini testimoni santan che anum dari pemilik Roti Jala Saloma. 


Wednesday, 28 October 2015

Family Che Anum Enterprise Dapat Baby Baru


Assalamualaikum, lama sangat tak kemaskini blog ini. Dua bulan berpantang memang tak ada masa sangat utk jenguk blog. Alhamdulillah lepas ini insyaallah boleh update blog selalu  dgn aktiviti penghantaran santan kami.

Saya dan suami menimang cahaya mata yang ketiga 2 bulan lepas. Alhamdulillah semuanya selamat. Doakan kami sekeluarga selamat dan bahagia dan juga bisnes santan maju jaya. Insyallah.

Inilah dia Baby girl yang dinanti-nantikan. Semoga menjadi "coolness of my eyes" Kami namakan baby girl ini Dalila Sakura Azmi


Monday, 13 July 2015

Bubur Lambuk Juga Dimasak Menggunakan Santan



Ramadhan dah nak meninggal kita. Lagi 4 hari saja lagi, habislah. Marilah sama-sama perbanyakkan amal ibadat di hari2 terakhir puasa ni. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk kita menjadi muslim yang lebih baik selepas habis ramadhan nnt. Istiqamah itu penting.

Ini gambar yang kami ambil kelmarin ketika pengedaran bubur lambuk di salah satu masjid yang kami bekalkan santan harian untuk bubur lambuk.

Santan ni makanan harian, lagi-lagi di waktu2 perayaan seperti Hari Raya. Jadi sesiapa yang perlukan santan dalam kuantiti yg banyak untuk open house, ataupon utk para "caterer" yang memerlukan santan. Boleh hubungi kami bila-bila masa. Tapi jika boleh hubungi kami awal sedikit untuk membolehkan kami menyediakan stok dan menguruskan delivery jika perlu.

Untuk pembelian atau pertanyaan boleh lah menghubungi (kami suka jika dihubungi melalui whatsapp)

Whatsapp / SMS : Ainol +6012.673.7765 /  Imran +6019.355.1013
Email: cheanum.pembekalsantansegar[at]gmail[dot]com

Friday, 10 July 2015

Perlukan Bekalan Santan Untuk Lemang?



Hari raya bakal menjelang tiba. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita semua akan bertemu lebih banyak Ramadhan lagi. Insyallah. Kepada yang sedang giat membakar lemang, dan memerlukan bekalan santan yang banyak jangan lupa untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan santan yang bersih , suci dan murni. Boleh la membuat tempahan awal, untuk membolehkan kami memerah santan segar yang cukup untuk keperluan pelanggan kami.

Cara nak order?

Antara ciri-ciri santan segar kami ialah :

  • Tiada campuran sebarang bahan pemekat
  • Tiada pengawet
  • Diproses menggunakan air tapisan yang bersih
  • Bekalan kelapa adalah dipetik dari ladang kelapa di Semenanjung Malaysia
  • Harga berpatutan
  • Hak milik bumiputera melayu islam sepenuhnya
  • Dijamin , bersih, suci dan murni
  • Sample 1kg disediakan secara percuma , boleh mohon untuk mencuba sample
Di bawah ini adalah maklumat lanjut mengenai pembelian santan serta penghantaran:
  • Pembelian minimum untuk santan segar kami ialah sebanyak 10kg (boleh datang dan ambil sendiri di Petaling Jaya, alamat akan diberikan)
  • Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pada harga RM20 untuk satu penghantaran dan pembelian minimum santan untuk penghantaran ialah sebanyak 20kg. Di nasihatkan supaya membeli di dalam kuantiti yang banyak untuk dapat penjimatan kos penghantaran yang lebih banyak.
  • Harga sekilo buat masa ini cumalah RM6 (ada campuran air sedikit dan bukan santan pekat tanpa campuran air)
  • Kami alu-alukan para peniaga atau sesiapa yang ingin membeli santan untuk membuat tempahan awal, untuk membolehkan kami menyediakan stock yang mencukupi.


Untuk pembelian atau pertanyaan boleh lah menghubungi (kami suka jika dihubungi melalui whatsapp)

Whatsapp / SMS : Ainol +6012.673.7765 /  Imran +6019.355.1013
Email: cheanum.pembekalsantansegar[at]gmail[dot]com

Che Anum Enterprise , Pembekal Santan Segar



Assalamualaikum, terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami percaya , anda mungkin sedang mencari pembekal santan segar dan terjumpa blog kami ini. Alhamdullilah, pencarian santan segar anda mungkin berakhir di sini kerana kami adalah pembekal santan segar yang bersih lagi halal untuk kawasan Petaling Jaya, Puchong, Shah Alam, Seri Kembangan, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Antara ciri-ciri santan segar kami ialah :
  • Tiada campuran sebarang bahan pemekat
  • Tiada pengawet
  • Diproses menggunakan air tapisan yang bersih
  • Bekalan kelapa adalah dipetik dari ladang kelapa di Semenanjung Malaysia
  • Harga berpatutan
  • Hak milik bumiputera melayu islam sepenuhnya
  • Dijamin , bersih, suci dan murni
  • Sample 1kg disediakan secara percuma , boleh mohon untuk mencuba sample
Di bawah ini adalah maklumat lanjut mengenai pembelian santan serta penghantaran:
  • Pembelian minimum untuk santan segar kami ialah sebanyak 10kg (boleh datang dan ambil sendiri di Petaling Jaya, alamat akan diberikan)
  • Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pada harga RM20 untuk satu penghantaran dan pembelian minimum santan untuk penghantaran ialah sebanyak 20kg. Di nasihatkan supaya membeli di dalam kuantiti yang banyak untuk dapat penjimatan kos penghantaran yang lebih banyak.
  • Harga sekilo buat masa ini cumalah RM6 (ada campuran air sedikit dan bukan santan pekat tanpa campuran air)
  • Kami alu-alukan para peniaga atau sesiapa yang ingin membeli santan untuk membuat tempahan awal, untuk membolehkan kami menyediakan stock yang mencukupi.


Penghantaran santan pertama kami! Gambar bersama katerer Lydia
Untuk pembelian atau pertanyaan boleh lah menghubungi (kami suka jika dihubungi melalui whatsapp)
Whatsapp / SMS : Ainol +6012.673.7765 /  Imran +6019.355.1013
Email: cheanum.pembekalsantansegar[at]gmail[dot]com

Terima kasih, dan Salam Ramadhan 2015 , semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang yang berjaya Ramadhan kali ini. Insyallah.